fbpx

Perkongsian Fatin Afeefa sebentar tadi menjadi perhatian apabila meluahkan rasa terkilan apabila bekas suaminya, pelakon Adam Shahz tidak kelihatan di mahkamah hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Fatin berkata dia sepatutnya menguruskan anaknya untuk masuk semula ke sekolah hari ini.

BACA: Empat Bulan Tak Jumpa Anak, Fatin Afeefa Bantah Tuntutan Hak Adam Shahz

Fatin berkata dia sanggup ketepikan perkara itu buat sementara waktu dan bangun awal pagi untuk ke mahkamah bagi menyelesaikan isu hak penjagaan anak.

Bagaimanapun, dia kecewa apabila bekas suaminya itu didakwa tidak muncul tanpa diketahui alasannya.

“Hari ini saya sepatutnya menyelesaikan urusan anak untuk masuk ke sekolah semula. Sepatutnya. Tapi saya di sini sekarang, bangun seawal pagi dan memandu ke sini hanya untuk mengetahui orangnya tidak hadir. Alasan? Tak tahu,” katanya.

Terdahulu, Fatin memfailkan bantahan terhadap pindaan tuntutan bekas suaminya bagi mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.