Empat Bulan Tak Jumpa Anak, Fatin Afeefa Bantah Tuntutan Hak Adam Shahz
Pelakon Fatin Afeefa hari ini memfailkan bantahan terhadap pindaan tuntutan bekas suaminya, Adam Shahz bagi mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.
Memetik Kosmo, susulan itu, pihak mahkamah menetapkan semula tarikh sebutan kedua kes berkenaan pada 17 April bagi mendapatkan kemas kini bagi tuntutan kedua-dua belah pihak.
Peguam syarie yang mewakili Adam iaitu Liyana Sihar memberitahu pihak defendan iaitu Fatin telah memfailkan bantahan untuk pindaan permohonan pindaan iaitu hal lawatan yang difailkan plaintif (Adam) sebelum ini.
“Hari ini sebutan kes pertama dan pihak kita sebenarnya memohon untuk membuat pindaan (hak lawatan) kepada yang telah difailkan sebelum ini iaitu tuntutan hak penjagaan penuh.
“Namun, pihak defendan membuat bantahan dan kami diarahkan untuk memfailkan pindaan secara bertulis,” katanya.
Katanya lagi, Adam telah memfailkan tuntutan hak penjagaan penuh anaknya daripada bekas isteri.
“Selepas perbincangan, kami percaya anak guam boleh bertolak ansur untuk berikan hak jagaan kepada defendan.
“Jadi, itulah perbincangannya. Kita tahu bila seseorang dapat hak jagaan manakala pihak lagi satu akan dapat hak lawatan tetapi dibantah.
“Kita nak bersama-sama menang cuma perkara ini dibantah dan percaya kami ada hak serta akan tuntut,” jelasnya.
Sementara itu, Adam berkata sudah empat bulan tidak bertemu dengan anak perempuannya, malah disekat oleh bekas isteri sehingga tidak dapat berhubung dengan anaknya.
“Kali terakhir kami berjumpa pada Oktober tahun lalu dan saya sendiri tidak tahu dia berada di mana selain dapat tahu bekas isteri sudah menghantarnya ke sekolah berasrama.
“Saya telah disekat oleh keluarga sebelah sana termasuk bekas isteri dan sehingga hari ini tidak berhubung dengan anak.
“Pada majlis sulk lalu, defendan ada beritahu anak sudah dihantar ke sekolah berasrama tetapi tidak diceritakan secara terperinci,” katanya.
Dalam pada itu, Fatin enggan memberikan kenyataan serta akan mengikut segala prosedur yang ditetapkan mahkamah untuk selesaikan kemelut tersebut.
“Tiada apa yang saya nak cakap. Kita sudah masuk mahkamah dan akan selesaikan mengikut proses.
“Saya juga enggan beri sebarang kenyataan yang boleh memakan diri dan menghormati badan kehakiman,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
kejam sungguhla si fatin ni
kecik2 dah hantar anak ke asrama. kesiannya.. baru 8 tahun kan? anak perempuan pulak tu. bagi jela kat ayah dia jaga.. anak sekecil tu still nak bermain2 bermanja2 dgn mak ayah..
Fatin, kalau kau xsempat nak jaga anak sbb bz dgn bisnes dan laki baru, bagi jela ex jaga, anak kecik lagi hantar g asrama…bdk tu masih perlukan kasih sayang, dia boleh jadi scar for life kalau sebenarnya dia x happy tau tak. Pengalaman diri sendiri, pergi sekolah asrama tahfiz seawal 7thn. Yes saya hafizah & dh dpt degree. Tapi experience berjauhan dgn family dr kecik tu masih buat saya trauma until ada relationship (rasa tak disayangi). Kalau ditakdirkan 1 hari nnt kahwin dan dikurniakan cahaya mata, saya takkan buat benda yg sama pd anak saya.
Kita sebagai ibu baba fikir dulu, di atas Ada Allah. Ya mungkin tiada persefahaman dan di sebabkan penceraian dan Kita guna kan anak untuk pisahkan dari bekas pasangan. Kita lupa yang beri Hidayah pada anak kita bila dia besar adalah dari Allah. Anak itu juga Nanti akan jadi dugaan pada si pemisah kelak menjadi remaja, dan Nanti dia juga yang akan minta tolong pada bekas pasangan untuk disciplin anak remaja nye itu.
Atau mungkin Allah akan menduga si pemisah di mana, anak itu sendiri tidak akan mahu menjaga si pemisah bila tua atau mungkin dia akan hilang kesihatan, kerana dia rasa geram kepada ibu atau bapa yang meruntuh kebahagian, kehausan kasih sayang si anak kepada Salah satu ibu bapa. Kerana budak itu tidak di tunjuk contoh merasa Rahmah. Allah maha adil dengan orang yang paling sabar dan org yang sifat adil.
Mungkin Kita boleh menzalimi perasaan org lain, tapi hakikatnye kita menzalimi diri Kita sendiri. Maaf bermaafan lebih baik.
Perempuan bodoh kahwin dengan lelaki bodoh. Bodohlah jadinya.