fbpx

Fatin Afeefa Dedah Ukuran Pinggang Hanya 24 Inci

Meskipun sudah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata, namun Fatin Afeefa tetap tampil cantik seperti anak dara. Ramai yang berpendapat usianya yang masih muda membuatkan pelakon ini mudah untuk memiliki tubuh menawan.

Tetapi tanpa usaha dan gaya hidup sihat, pasti akan berdepan masalah berat badan. Fatin mendedahkan ukuran pinggannya hanya 24 inci sahaja. Tidak lokek berkongsikan amalan dilakukan untuk mendapat ukuran pinggang ideal.

BACA: Tak Kisah Dikecam, Fatin Afeefa Muat Naik Foto Dalam Tab Mandi

“Akhirnya pinggang saya mencecah 24 inci. Baby pooch is still there but im working on it. Fa punya rutin setiap hari is lots of oblique dan abs workout. Planking too! Anda of course pakai sexy Curve 8 jam sehari. Mostly time tidur,” katanya.

Buat para ibu yang mahu miliki pinggang langsing selepas bersalin, bolehlah ikut petua Fatin Afeefa. Tapi apa yang paling penting, jaga pemakanan dan rajin bersenam.

Fatin Afeefa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon filem Juvana, Adam Shaaz pada 21 Disember 2013. Namun, perkahwinan mereka hanya mampu bertahan 4 tahun sahaja apabila memutuskan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.