Pelakon sensasi Fathia Latiff memberitahu dia tidak sengaja membuat tatu di lengannya kerana ketika itu tiada berdepan dengan tekanan.
Memetik HibGlam, Fathia berkata ketika itu dia tidak berfikir panjang dan ianya dilakukan kira-kira dua tahun lalu serta menunggu masa sesuai untuk membuang tatu berkenaan.
BACA: Mengaku Suntik Botox, Fathia Latiff Buat Muka Untuk Lebih Cantik
“Ya memang saya ada tatu. Saya terbuat. Ketika itu saya stres kira-kira dua tahun lepas. Tanpa fikir panjang, saya terus buat.
“Tapi mak saya dah suruh buang tatu ini. Cuma saya tiada masa lagi nak buang. Tengah tunggu masa yang sesuai untuk buang.
“Sewaktu ibu dan bapa saya tahu tentang tatu ini, sudah tentulah mereka marah. Tetapi mereka tidaklah marah yang terlalu teruk. Kerana mereka tidak mahu saya jadi lebih tertekan,” katanya.
Apabila ditanya maksud tatu di lengannya, Fathia berkata tulisan yang dicacah adalah ‘’Angel On Earth’.
Dalam pada itu, Fathia berkata dia kini lebih berhati-hati dan menjaga penampilan agar tatunya tidak menjadi perhatian ramai.
“Ya, saya akan jaga penampilan. Lagipun, sekarang saya ada dapat tawaran untuk jadi pembantu kepada seorang berpangkat Datuk, jadi kena berpakaian kemas,” katanya.
SUMBER: HibGlam