fbpx

Fathia Latiff Sambut Hari Jadi Serba Ringkas

Lama tidak kedengaran khabar Fathia Latiff kebelakangan ini, terbaru pelakon itu menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 32 tahun. Tampil dengan jaket neon, Fathia nampak gembira menyambut hari lahirnya bersama rakan-rakan.

BACA: Fathia Latiff Buat Hal Lagi, Hina Kening Orang Bersepah?

Menerusi Instagram, Fathia telah berkongsikan beberapa gambar di sekitar sambutan hari jadinya itu. Yang pasti Fathia kelihatan begitu cantik sekali mengenakan jaket neon, berserta dengan top sequin berwarna kuning.

Sambutan yang begitu ringkas itu bagaimanapun dihadiri dua rakan baiknya sahaja. Tidak kelihatan pula ahli keluarga, mahupun rakan selebriti yang lain. Di ruangan komen peminat turut memberikan ucapan buat Fathia. (rtky/w)