fbpx

Fathia Latiff Nafi Merajuk Keluar TV, Hanya Memilih Watak

Lama tidak kelihatan kelibat Fathia Latiff sejak pelbagai kontroversi menimpa dirinya sebelum ini, beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya merajuk dengan industri tanah air.

BACA: “Masih Belum Ada Kekasih, Harap Ada Yang Sudi Terima”

“Saya jarang muncul di kaca TV adalah disebabkan saya agak memilih watak yang ditawarkan demi menjaga kualiti lakonan saya. Bukanlah saya merajuk seperti yang didakwa segelintir pihak”

“Kenapa nak merajuk? Merajuk is so childish. Selain itu, saya juga sibuk dengan perniagaan tudung saya dan beberapa perkara baru yang saya cuba dalam kehidupan saya,” jelasnya lagi.

Terdahulu penampilan Fathia yang berambut pendek seperti lelaki mengegarkan dunia hiburan yang terkejut melihat perubahan dirinya. Bagaimanapun selepas kejadian itu Fathia lama menghilang dari radar dunia seni.

Namun melihatkan Instagram pelakon ini sekarang, Fathia masih aktif menjalankan perniagaannya dan melayan peminat. Malah Fathia juga kini tampak lebih ‘sihat’ dan bertenaga menghadiri acara! (rtky/w)