fbpx

Fathia Latiff Mohon Maaf Terlanjur Kata

Susulan ketelanjuran kata berhubung tindakannya membuka tudung beberapa hari lalu, Fathia Latiff menerusi Insta Story miliknya membuat permohonan maaf serta mengakui kesilapan yang dilakukan dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Terdahulu, Fathia berkata dia memaakai tudung bukan kerana Allah atau kehendak diri sendiri tetapi kerana ingin membuktikan sesuatu terhadap seseorang.

BACA: Fathia Latiff Kongsi Foto Panas Dicium Lelaki

Katanya lagi, dia berasa dirinya tidak ikhlas dan seperti terpaksa untuk berhijab. Kenyataanya itu menimbulkan kemarahan orang ramai dan didakwa mempersendakan agama.

“Saya minta maaf atas kekhilafan diri sendiri. Saya tahu ramai sedih dengan saya. Saya minta maaf sekali lagi.

“Saya tahu, pemakaian tudung adalah wajib sebagai orang Islam. Saya meminta maaf atas kesalahan percakapan. Insya-Allah, saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Lots of love,” katanya.

Rabu lalu, Fathia mengesahkan tidak lagi bertudung selepas tiga tahun berhijab. Fathia mengakui selama memakai hijab dia tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga membuatkan dirinya mengalami depresi.