fbpx

“Fathia Latiff, Lebih Baik Kau Pun Sama Bunuh Diri”

Ramai memberikan reaksi negatif apabila mendapat tahu yang Fathia Latiff baru baru ini meninggalkan komen di Instagram Iqram Dinzly bertanyakan bila pelakon lelaki itu mahu membunuh diri.

Iqram Dinzly hari ini melalui rakaman perbualan telefon bersama mStar Online memberikan kenyataan beliau sendiri tentang tindakan Fathia Latiff tersebut.

BACA: Fathia Latiff Tanya Bila Iqram Dinzly Mahu Bunuh Diri

“Saya pun tidak tahulah sama ada beliau mahu bergurau atau apa tetapi saya pun mahu bergurau juga — aku tahu kau pergi keluar negara larikan diri ‘kan? Lebih baik kau pun sama bunuh diri,” ujar Iqram Dinzly.

Anda boleh dengar perbualan penuh bersama Iqram Dinzly di atas.

Cuma sekarang ini kita masih belum dengar penjelasan dari Fathia Latiff sendiri. Mahu juga kami tahu apa motif sebenar Fathia Latiff berbuat demikian sedangkan ramai sedang menyokong Iqram Dinzly untuk berubah lebih positif. (rtky/m)