Tidak mahu ketinggalan dalam menyertai perbualan yang sedang hangat di laman sosial, Fathia Latiff hadir dengan pendapatnya sendiri di laman Twitter. Tidak tahulah mahu berjenaka atau tidak, yang pasti jadi bahan kecaman.

BACA: Fathia Latiff Merajuk Bawa Diri Ke Los Angeles?



Perkara tersebut membuatkan pengikut Fathia yang masih tidak move on dengan isu Bigo sebelum ini untuk terus mengungkit kembali perlakuan Fathia sebelum ini.

Selain berkongsi pendapat mengenai isu semasa, Fathia juga dilihat begitu konsisten dalam memberikan sokongan kepada pihak pembangkang lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya ini.



Apa pun, pelakon wanita yang sedang bercuti di luar negara ini sememangnya mempunyai kebebasan untuk bersuara. Semoga satu hari nanti Fathia mampu menerajui pucuk pimpinan negara. (rtky/s)