Ramai peminat dunia hiburan sebenarnya sangat menantikan kelahiran anak sulung Fasha Sandha ini dan tuan badan sendiri kini menghitung hari sebelum tibanya hari bermakna itu.
Dalam pada itu, Fasha Sandha bercakap kepada Harian Metro yang beliau terharu dengan doa yang di’titipkan oleh Nora Danish kepada dirinya & juga kandungan beliau sebelum ini.
“Saya berterima kasih kepadanya kerana mendoakan kesihatan saya. Ia Satu doa yang bermakna kerana dia (Nora Danish) adalah keluarga saya juga, lagipun Rayqal adalah abang kepada anak sulung saya nanti”
Menyentuh hubungan beliau dengan Nora Danish, Fasha Sandha berkata yang mereka berdua sudah matang dan tidak perlu untuk di’ungkit perkara lama untuk mengeruhkan keadaan.
Fasha Sandha turut mengakui yang beliau & Nora Danish sering bertemu terutama ketika ingin mengambil dan menghantar Rayqal.
“Setiap kali ingin menghantar pulang atau Nora yang datang mengambil, kami pasti bertemu dan berbual. Alhamdulilah ia adalah perkara yang baik dan saya cukup menghormati keadaan itu,” jelas Fasha Sandha.