fbpx

Fasha Sandha Telah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Menurut rakan media di Media Hiburan, Fasha Sandha telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 9.21 pagi tadi. Tahniah di’ucapkan buat Fasha Sandha & suami, Rizal Ashram.

Suami kepada Fasha Sandha, Rizal Ashram turut meluahkan rasa penuh kesyukuran atas kelahiran bayi lelaki ini pagi tadi menerusi Twitter.

“Baby boy safely delivered. Another one for my small beautiful family. Wifey did a great job. Alhamdullilah syukur kepada Allah”

Menurut tulisan di Facebook kakak kepada Fasha Sandha, bayi lelaki ini telah di’beri nama Putra Rayfal Ramli — beza satu huruf sahaja dari nama abang’nya, Rayqal (anak Jejai bersama Nora Danish).

“Inilah saat terindah dalam hidup kami dengan menyambut kelahiran anak sulung yang melengkapkan lagi rumah tangga kami. Saya bersyukur dan berterima kasih atas segala doa yang memudahkan proses kelahiran ini,”

Itu ulasan Fasha Sandha akan kelahiran anak sulung beliau yang melalui teknik pembedahan Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.