fbpx

Fasha Sandha Tak Perlukan Bodyguards

Sesetengah selebriti mungkin memilih berjalan bersama pengawal peribadi atas faktor keselamatan, tapi tidak bagi Fasha Sandha. Biarpun namanya dalam industri besar tetapi beliau lebih selesa menjalani kehidupan seperti orang lain.

BACA: Adakah Ini Cinta Hati Baru Fasha Sandha?

Menerusi Instagram, Fasha ada memuat naik kenyataan dimana ramai sering mempersoalkan beliau menghabiskan masa bersama keluarga tanpa pengawal keselamatan. Jelasnya, beliau tidak perlukan semua itu, dan hanya berserah kepada Allah tentang keselamatannya.

Perkongsian gambar bersama dua anaknya mendapat respon positif peminat yang rata-rata memuji sikap merendah diri Fasha yang memilih untuk menjalani kehidupan biasa tidak seperti artis lain.

Bagaimanapun tidak semua memandang positif tentang sikap Fasha dan membandingkan kehidupannya dengan Nora Danish yang semua maklum isteri kepada anak menteri. Berbeza dengan Fasha, ramai menganggap Nora pastinya memerlukan pengawal peribadi.

Rasanya hak untuk mengambil pengawal peribadi bergantung kepada individu, juga kemampuan dan status selebriti itu. Jika Fasha lebih selesa bergerak tanpa pengawal peribadi apa salahnya. Tidak perlu untuk banding-membanding. (rtky/w)