Bagaimana sambutan tahun baru anda semua? Kami seperti biasa di’rumah layan filem filem lama selayaknya forever alone.

Hari pertama tahun 2012 bukan syarat untuk kami bercuti dari menulis kisah selebriti kita yang tidak pernah senyap.


Dan Fasha Sandha hari ini bertuah kerana menjadi selebriti pertama yang kami tulis kisahnya di’sini — cinta di Twitter.

Kecoh dunia hiburan Malaysia hari ini apabila Fasha Sandha & Rizal Ashram bermadu asmara di laman Twitter tanpa bersembunyi.

Sebelum ini kedua dua mereka seakan merahsiakan status hubungan terkini dari pengetahuan media juga peminat namun segala’nya seakan bukan rahsia lagi dengan bukti di Twitter.

Namun, ada juga ura ura daripada peminat hiburan Malaysia yang mengatakan akaun Rizal Ashram ini merupakan akaun palsu yang di’daftarkan sendiri oleh Fasha Sandha. Motif? Untuk buat si bekas isteri cemburu. Hmm.

UPDATE-1: Rizal Ashram sendiri melalui Twitter memaklumkan kepada kami yang akaun tersebut memang milik beliau dan tiada isu tentang pemalsuan identiti seperti di’dakwa. Kes selesai.