fbpx

Fasha Sandha Pakai 30 Pasang Baju Sempena Raya

Pelakon Fasha Sandha berkongsikan sempena Hari Raya kali ini dia akan mengenakan 30 pasang baju sepanjang bulan Syawal.

Memetik Utusan Online, Fasha berkata dia tidak membelanjakan wang untuk pakaian tersebut sebaliknya ia merupakan tajaan jenama tekstil terkemuka, Alfaro dimana dia dilantik sebagai duta.

BACA: “Anak-Anak Menyatukan Hati Kita Semua” – Fasha Sandha

“Setiap hari saya akan pakai satu persalinan. 30 pasang baju itu terdiri daripada pelbagai rekaan seperti baju kurung dan abaya.

“Jenama ini lengkap dengan pelbagai pilihan dan ahli keluarga saya semuanya akan mengenakan koleksi Alfaro,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha berkata dia bersetuju menerima tawaran sebagai duta selepas yakin dengan keberkesanan sesuatu produk itu.

“Sebab itu selalunya saya jadi duta mesti lebih setahun dengan mana-mana produk. Orang tahu saya bukan jenis menipu dan sekadar ambil duit semata-mata. Kita juga tidak akan dapat keberkatan dengan cara tersebut.

“Jadi duta kita mesti betul-betul gunakan barangan tersebut sebab hendak yakinkan orang lain,” katanya.