Fasha Sandha Kini Hamil Anak Kedua
Pasangan suami isteri, Fasha Sandha dan Rizal Ashram baru baru ini berada di kepulauan Bali, Indonesia untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan seorang rakan namun beberapa gambar terbaru mereka menarik perhatian ramai.
Lebih tepat gambar Fasha Sandha yang dilihat tampil dengan perut yang semakin membesar dan ini mengesahkan yang pelakon popular itu kini sedang hamil dengan anak kedua.
Fasha Sandha kelihatan berseri seri ketika hadir ke majlis resepsi rakannya itu dan mengenakan busana rona ungu dan peminat dunia hiburan yang aktif di forum Cari meramalkan yang beliau kini sedang hamil 5 ke 6 bulan.
Peminat juga yang meninggalkan komen ramai berharap yang Fasha Sandha & Rizal Ashram bakal dikurniakan anak perempuan kali ini selepas kelahiran putera sulung, Putra Rayfal Ramli pada 15 April 2013 yang lalu.
Tahniah buat Fasha Sandha dan Rizal Ashram sekeluarga yang bakal menyambut kelahiran orang baru tidak lama lagi. Berikut beberapa keping gambar terbaru pasangan ini di Bali. (rtky/m)
x sempat nk kughui..hihi
haiyoo.. productive betol!
xpe la pasha, ko beranak pinak le bebanyak selagi muda ni.. nanti dh tua bleh rilek..
tahniah..rezeki yg allah bg adalah rezeki paling bernilai bg orang perempuan..
Alhamdulillah…. tahniah… semakin sayang kt fasha…. drpd yg sorang tuh… tutttt
Nampak sayang betulkan Rizal kat Fasha.. Fasha pun after married and ada anak nampak sifat keibuan dia sgt terserlah.. x nampak dah dia pergi enjoy2 kat pusat2 hiburan..
time da tiber bsara dr blakon.jg anak2 tu.lbh baik…..hubby da selesa
tahniah yer fasha..
tahniah fasha ,cantik sangat..berseri je..
LAJU PERAHU…ok lah tu, jadi ibu penyayang…sayangilah keluarga anda….semoga dikurniakan anak2 yang beriman…
Steady la fasha ni…dh kwin trus berubah jd ibu pyayang..pentingkan anak.good! Jgn jadi cm dia tu..anak 1 pun, night club, party n vacate dgn kwn2 bujang still x tinggal lg..family first kan fasha.. thumb up for you..
Bodoh la..da xda laki xkan nak dok diam2..lain lah da ada laki still nak pegi club baru ko bleh cakap..bengong
To Evan.. memang la org tu takde laki tapi ada anak kan.. anak tu nak bg bibik je ke jaga…
Sokong keladi merah..org tu yg bcakap mcm anak dia dh xwujud je ek..alasan xde laki..bis anak tu? …ape laa.. mst dia kak Jan yg kaki club jugak.anak bio kn tpontang panting kt uma org len jaga.ish3 kesian org cmni.tahap kematangan seorang ibu cetek.hidup tau enjoy enjoy enjoy!
like u la fasha…mudah2an jd ibu yg penyayang.isteri yg soleh dan kekal bahagia hingga keakhir hayat…bukan senang tau nak dapat anugerah Allah yg tak dapat dibeli dengan wang ringgit
Tk semestinya dia nmpk ibu yg pnyanyang dia org yg baik sgt dan tk smestinya org yg party lovers tu org yg tk baik or tk pndai jga anak. Sdh2 ler membandingkn antra satu dgn yg lain. Kita tk tau niat msg2 hnya Allah sja yg maha mngetahui. Aper2 pun jgn dngr sblh pihak sja, cri jln pnyelesaian tk prlu hboh2 dkt media. Semua org ada hati dan perasaan, Tk smestinya kita senior kita nk rndhkn org junior. Klau nk sma2 atau ikhlas utk sesuatu pkrjaan itu mnjdi kejayaan kita msti tgur dgn bersemuka itu lbh baik dan sikap yg trpuji drpd ckap belakang dan membsrknnya kpd media masa yg mna blh mnjatuhkn maruah seseorang. Klu prkra yg sma dibuat kpd kita, kita pun akan trasa kn dan psti mbuka mulut dgn rasa tk puas hati. Sy hrap mbik jlan yg trbaik utk slsaikan msalah ini. Walllahu ‘aklam bswab…
Tahniah kak fasha akan dapat baby kedua..