fbpx

Fasha Sandha Berdebar Menanti Hari Bahagia Bergelar Raja Sehari

Umum mengetahui selebriti terkenal tanah air, Fasha Sandha bakal membina mahligai bersama tunang tercintanya Aidil Aziz hujung Mac ini.

Menanti hari yang penuh bahagia dan debaran, Fasha turut berkongsi perasaannya untuk menjadi raja sehari yang bakal ditonton oleh ribuan peminat dan keluarga.

Menerusi laman Instagram selebriti ini, Fasha turut mendedahkan busana pengantin yang bakal digayakan olehnya, direka oleh pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.

Fasha turut menyatakan tidak sabar menanti hasil kerja Rizman Ruzaini dalam menghasilkan busana pengatin untuknya. Rata-rata para peminat Fasha memuji ketelitian dan kesempurnaan gaun rekaan Rizman Ruzaini ini.

Nama Rizman Ruzaini memang tidak asing lagi dikalangan raja sehari. Ternyata kesemua rekaan yang dicipta oleh dua sahabat baik ini bakal menambah seri pengantin di samping busana yang digayakan tampil kemas dan mewah.

Jika sebelum ini, Fasha berkongsi gambar pre wedding di laman Instagram miliknya dan perincian gaun yang digayakan dikongsi menerusi tiga jarak yang berbeza iaitu normal, dekat dan juga secara ‘close up’.

Ternyata gambar yang dikongsi oleh Fasha tersebut dirakam oleh lensa kamera Huawei Mate 20 yang mempunyai kecanggihan dan keunggulan seperti Huawei P30 series.

Terbaru, Huawei sekali lagi mengambil peluang merakam rekaan busana raja sehari Fasha Sandha dan pasangannya Aidil.

Rekaan yang penuh dengan ketelitian dan fokus yang tajam itu dirakam tepat oleh lensa kamera Huawei.

Telefon pintar keluaran Huawei semestinya dilengkapi dengan kamera berinovatif tinggi yang bakal menghasilkan gambar yang lebih cantik meskipun gambar diambil dari jarak yang jauh.

Kecanggihan yang diciptakan oleh Huawei dengan kehadiran kamera ini ternyata akan buatkan anda terpukau dengan kehebatan telefon pintar keluaran Huawei.

Senang cerita, kesemua kamera telefon pintar jenama Huawei hebat-hebat belaka!

Tapi adakah Fasha bekerjasama dengan pihak telefon pintar Huawei dalam majlis perkahwinannya nanti?

Yalah mana tidaknya foto pre wedding dan busana pengatin ini dirakam oleh lensa kamera yang sama. Jadi kami tertanya-tanyalah juga.

Rasa tak sabar pula nak tahu apa yang akan terjadi di antara dua selebriti terkenal ini. Nampaknya perkahwinan yang dikatakan wedding of the year ini bakal menrungkai segala persoalan kami.

Sebelum itu, jangan lupa untuk saksikan pelancaran Huawei P30 series secara langsung di Youtube, Facebook dan Twitter Huawei.

Pelancaran tersebut akan diadakan di Paris, pada 26 Mac ini, bermula jam 2 petang. Sama-sama kita nantikan!