Fasha Sandha Akui Terkejut Elisya Sandha Kahwin Muda
Turut gembira adik kesayangannya Elisya Sandha sudah pun bergelar isteri, pelakon Fasha Sandha tidak melepaskan peluang menitipkan tip dalam rumah tangga.
Fasha berharap pasangan itu akan sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing untuk melengkapi antara satu sama lain.
BACA: Elisya Sandha Sah Bergelar Isteri Uzair, Terima Hantaran RM22,222.22
“Saya berulang kali berpesan kepada Elisya dari mereka bertunang sehingga sekarang. Pesanan saya agar mereka sentiasa menerima kekurangan satu sama lain.
“Paling penting, terima kekurangan dahulu sebelum kelebihan masing-masing. Sebab setiap pasangan kena saling melengkapi. Tiada manusia yang sempurna tetapi yang penting, masing-masing dapat memberi kebahagiaan antara satu sama lain,” katanya.
Dalam pada itu, Fasha berkata dia akui terkejut apabila adiknya itu meluahkan hasrat untuk berkahwin di usia muda namun menganggap jodoh mereka kuat.
“Elisya baru sahaja berusia 22 tahun. Tapi apa-apa pun, itu semua kerja Alalh. Jodoh mereka sampai awal..lama sangat bercinta walaupun ‘on off’ tapi jodoh mereka sangat kuat.
“Uzair pun seorang lelaki yang baik dan gentleman. Saya yakin Uzair boleh memberikan kebahagiaan kepada Elisya,” katanya.
Sabtu lalu, Elisya selamat bernikah dengan anak pengarah terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, 25, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
- SUMBER
- mStar Online
Alhamdulillah dan tahniah Sheila…nasib baik tak dapat menantu pompuan bingit sakit mental tuh!!!
kenapa pula terkejut? baguslah nanti boleh tukar2 laki banysk kali.
semoga selamat perkhwinan org tak perlu cerai masa hamil.
mcm kau dan jejai buat mengatal dua2.
aku tak terkjut dgn umur cenggini mnikh, tapi klau umur cnggini klau ada anak 3, .. yer..mmg aku trkjut…utk tahun 2021 ni..brmkne tahun 2016 dh ada anak 1..kn., silalh kira umur brpa masa tu..lps spm trus kwen..gula skilo bju sehelaipun blom smpt merasa ibunda dan ayahnda…itu mesej utk org diluar2 sane.
btulkn..
kahwin bukan kira muda ke tua. tak ada istilah kawen lambat ke cepat. yg betul kahwin bila dh ada ilmu, dh pandai jaga maruah. bukan g holiday berbikini satu bilik dgn laki org bertahun2 baru nk kahwin. kahwin pun gelojoh dgn tak ada persediaan mental, ikut nafsu, pakai langgar tak fikir perasaan org tua. bila dh kena cerai mula la tuding jari kt semua org padahal diri sendiri tak matang walaupun anak dah 2.
kesian Esah atas tu, pemikiran anjing kurap betul. hahaha. abe yus nasihatkan awok tak payoh kawin lah.
Esah betul tu ….
abe yus anjing kurap baik lagi dari pemusnah rumahtangga org.
bagus lagi tak kawin dari dpt lelaki perangai mcm a…
abe yus nak rumahtangga musnah sebab perempuan.lain ye.
Apela mulut sorang2 mcm puaka. Biala org tu nk kawin awl ke, lambat ke, nk becerai ke, nak bermadu ke, jage hal masing2. Jg mulut n laki masing2 kalo tanak kene cerai or kene madu.