fbpx

“Fasha Pakai Baju Paras Dada Macam Mintak Kaki”

Bergelar seorang selebriti bukanlah mudah. Selain sentiasa terlihat sempurna di mata peminat namun dalam masa yang sama terpaksa berhadapa dengan haters. Bagaimanapun mana mungkin mahu diri kelihatan sentiasa betul setiap masa ditambah pula dengan kebebasan netizen melemparkan cacian.

BACA: Semakin Seksi, Netizen Mahukan Fasha Sandha Yang Dulu

Baru-baru ini Fasha Sandha telah memuatnaik screenshot seorang warga laman sosial yang tidak berpuas hati dengan penampilan Fasha yang seksi selain turut mmenyelitkan ayat-ayat yang turut membuatkan pelakon wanita tersebut bengang.

Bagaimanapun tindakan Fasha tersebut menimbulkan perbalahan di bahagian komen. Ada yang menyokongnya dan ada juga yang menyatakan bahawa Fasha tidak adil kerana tidak memuatnaik semua komen yang menempelaknya berpakaian seksi dan bukannya hanya mejadikan wanita bertudung sebagai sasaran.



Begitulah kehidupan sehari-hari di laman sosial. Bukan mudah untuk memudahkan hati semua orang dan juga bukannya semua orang mempunyai isi hati yang berbeza. Jalan mudahnya, jika tidak suka dan sakit mata memandang, unfollow sahaja dan jika tidak suka dikecam, tutup saja bahagian komen.

Penat untuk mengharapkan penghargaan dan pujian sesama manusia. Lebih baik fokus kepada perkara yang lebih bermakna dan hiraukan saja kecaman. (rtky/s)