fbpx

Semalam dunia penyiaran tanah air dikejutkan dengan pemergian pembaca berita RTM, Allahyarham Farit Ismeth Emir yang meninggal dunia. Bagaimanapun, keluarga penyanyi dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob turut dibanjiri dengan ucapan takziah.

Ia berikutan ramai yang menyangka bahawa Allahyarham Farit merupakan bapa kandung kepada isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz. Tampil menjelaskan salah faham tersebut, Fazley berkata bapa mentuanya yang sebenar adalah Abdul Aziz Nong Chik.

BACA: Isteri Bekas PM Ditahan, Fazley Yaakob Tetap Simpati

https://www.instagram.com/p/B_NEGSMgiGl/?utm_source=ig_embed

Menerusi Instagram, Fazley lberkata bapa mentuanya itu jugalah yang turut menjadi wali ketika mereka bernikah kira-kira 14 tahun lalu. Ujarnya lagi, bapa mentuanya itu masih lagi hidup dan berada dalam keadaan sihat.

Dalam pada itu, Fazley memohon maaf kepada keluarga arwah jika salah faham itu menganggu emosi mereka serta mengucapkan takziah kepada DJ Fuzz yang merupakan anak sulung Allahyarham .