fbpx

“Farid Kamil Tertekan, Berhenti Kecam”

Pelakon Sofi Jikan meminta peminat tidak terus mengecam Datuk Farid Kamil di atas apa yang berlaku, sekaligus memberikan tekanan kepadanya. Jelas Sofi yang menggangap Farid abangnya, beliau bertindak begitu kerana berada dalam tekanan dan mempunyai pelbagai masalah.

BACA: Zed Zaidi: Kami Akan Siasat Kes Farid Kamil

“Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi”

“Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tomahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnnya terjadi, kita tidak tahu apa yang terjadi. Lebih elok tunggu dia keluar dan bagi keterangan”

“Farid mempunyai semangat untuk bela nasib artis dan dia sangat sensitif bila ada isu berkaitan dengan artis seperti berita ‘300 artis berhutang dengan ah long. Mungkin berlaku provokasi hingga dia bertindak demikian,” katanya kepada m Star Online mengenai penahanan Farid.

Bagaimanapun semalam timbul pula sebuah video Farid bersama Sofi menerusi aplikasi Live Bigo yang kini sudah tersebar. Dakwaan juga mengatakan video tersebut diambil sebelum Farid ditemui berkelakuan pelik dan ditahan atas pengaruh dadah dan mencederakan polis. (rtkt/w)