fbpx

Zed Zaidi: Kami Akan Siasat Kes Farid Kamil

Seperti biasa tidak sah rasanya jika ada apa-apa yang berlaku di dalam industri hiburan, jika tidak ada campur tangan dari SENIMAN.

Bagi Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, kes yang terjadi ke atas Datuk Farid Kamil perlu disiasat secara terperinci sebelum mengambil sebarang tindakan. Lebih merumitkan apabila hal ini membabitkan anggota polis.

BACA: Farid Kamil Ditahan Tampar Polis, Bawah Pengaruh Dadah

Jelasnya, kejadian yang berlaku terhadap Farid tidak boleh diambil tindakan secara terburu-buru kerana melibatkan kecederaan pada anggota polis. Malah perkara ini perlu diambil kira dari pelbagai sudut.

“Beri kami masa untuk membuat siasatan lanjut atas apa yang berlaku. Kami tidak boleh terburu-buru ambil sebarang tindakan. Dalam perkara ini”

“Kami perlu mendapat maklumat daripada semua sudut kerana ia membabitkan polis. Seniman akan cuba membantu apa yang perlu untuk Farid sebaik saja selepas kami mendapat hasil laporan siasatan dilakukan,” katanya kepada Harian Metro mengenai kejadian menimpa Farid.

Terdahulu, Farid dikatakan berkelakuan pelik ketika ditemui anggota polis, yang juga pengadu dimana Farid tidak berbaju ketika waktu hujan. Manakala ketika dibawa ke balai polis, Farid tiba-tiba menyerang polis terbabit. (rtky/w)