Farid Kamil Minta Diana Danielle Bertaubat Sebelum Kena Laknat
Pelakon Farid Kamil berharap isterinya yang juga pelakon Diana Danielle bertaubat atas segala perbuatan dilakukan sebelum terlambat.
Memetik mStar Online, Farid berkata perbuatan isterinya itu boleh mendatangkan laknat pada dirinya serta dia tetap akan memaafkan Diana.
BACA: Farid Kamil Tawar RM319,700 Termasuk Vellfire Pujuk Diana Danielle
“Apa yang saya boleh kata, bertaubatlah sebelum terlambat…bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dia lakukan itu mungkin akan ditimpa laknat yang saya sendiri tidak boleh ampunkan.
“Sebagai manusia, saya maafkan Diana. Apa sahaja kesalahannya, saya maafkan sebab dia adalah isteri dan ibu kepada dua anak saya.
“Saya mahu selamatkan rumah tangga kami. Saya hanya manusia biasa yang bertindak sebagai suami yang cuma menuntut hukum hakam ditetapkan,” katanya.
Difahamkan, hari ini Farid menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, antara jam 11.45 pagi sehingga 1 petang tadi.
Bagaimanapun, pasangan itu akan menghadiri sulh kedua pada 25 Mei depan berikutan Diana tidak dapat hadir pada prosiding hari ini.
Dalam pada itu, Farid turut mengemukakan tawaran perdamaian terhadap Diana antaranya kereta Vellfire, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.
- SUMBER
- mstar Online
apabila seorang suami berkata isterinya akan dilaknat jika tak taubat di media massa sehingga menjadi spekulasi netizen…renungkanlah.
katanya nak berdamai dengan bini, ng bg kereta, emas semua sampai beratus ribu.. tp dok mengata bini kt media ni dh kenapa?
terlebih kacip ke sial?
aku tak rasa DD akan lembut hati bila tahu yang si FK ni boleh cakap macam ni. makin DD meluak-luak lah rasa nak cerai dengan FK ni.. aduiii, FK ni tak nak bercerai dgn DD tapi semua benda dia cakap semua menyakitkan hati DD.. macam mana nak berbaik macam ni? Apa2 pon semoga dimudahkan segala urusan..
Not gonna happen la kacip oiii, mcm2 kau ckp psl DD.. yg kuban2 je