Umum mengetahui, baru-baru ini Farid Kamil berkongsikan khabar gembira apabila sudah pun rujuk dengan isterinya, Diana Danielle pada 31 Ogos lalu selepas 21 hari berpisah.

Terbaru, selebriti popular Neelofa dilihat ada memuat naik video memaparkan Diana menerima sejambak bunga daripada Farid ketika menjalani penggambaran fotografi jenama Naelofar.

BACA: Farid Kamil, Diana Danielle Dah Rujuk 31 Ogos Lalu

Menerusi video dikongsikan, Diana dilihat tersenyum sambil mencium bunga yang diterima daripada suami tercinta.

Turut menjadi perhatian, menerusi kapsyen dikongsikan Neelofa sempat meminta sejambak bunga daripada suaminya, Haris Ismail. 

“Farid Kamil hadiahkan bunga masa Diana di set Naelofar (jenama hijab). Sayang Haris nak bunga berwarna biru,” tulisnya.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

×