Farid Kamil Enggan Cerai, Masih Sayangkan Diana Danielle
Tiada angin tiada ribut, hari ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pelakon Diana Danielle memfailkan perceraian terhadap suaminya, aktor Farid Kamil.
Memetik BH Online, Farid berharap isu rumah tangganya dapat diselesaikan. Ujarnya, dia enggan melafazkan cerai kerana masih sayangkan Diana dan keluarganya.
BACA: Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil
“Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah.
“Saya masih sayangkan Diana dan tentunya, dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora,” katanya.
Dalam pada itu, Farid menafikan wujud krisis dengan Diana serta meminta bertanyakan kepada isterinya mengenai permasalahan tersebut.
“Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah. Tanyalah Diana, apa masalah dia,” katanya.
Terdahulu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya awal bulan ini. Permohonan cerai itu dibuat atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut dan difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
- SUMBER
- BH Online
Tak berapa hari lagi nak masuk Ramadan. Jadi tk seronok dengaq cerita2 mcm ni. Bergegar tiang Arash. Kesian anak2. Dapatkanlah bantuan dan rawatan. Ikhtiar cari jalan penyelesaian terbaik sehabis daya utk melepasi ujian. Support system penting.