Pelakon Farid Kamil enggan mengulas mengenai ‘bilik’ di rumah mereka yang dianggap tidak sesuai untuk dimasuki anak-anaknya seperti didakwa isterinya, Diana Danielle di Insta Story.
Memetik Harian Metro, Farid dilihat menunjukkan gerakan tangan seolah-olah memberi maksud tidak mahu menjawab soalan tersebut.
BACA: “Mencari Penyelesaian Bukan Bermaksud Kembali Bersama” – Diana Danielle
“Takda. Takda apa-apa,” katanya.
Sementara itu, Diana yang ditanya mengenai soalan tersebut turut membiarkan apa yang dikongsikannya itu menjadi tanda tanya dan hanya berlalu pergi ke kenderaan miliknya tanpa berkata apa-apa.
Terdahulu, Diana mendedahkan Farid bertindak mengurung semalaman anak bongsunya, Nur Aurora atas alasan ingin memberi pengajaran terhadapnya kerana kesalahan memetik cili milik jiran sebelah rumah.
Menurut Diana, bilik tersebut tidak sesuai untuk dimasuki oleh kanak-kanak dan anak mereka tidak sepatutnya berada dalam bilik berkenaan.