Pelakon Diana Danielle mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya, aktor Farid Kamil.
Menerusi perkongsian di Instagram, Diana memaklumkan akan memfailkan cerai terhadap suaminya.
BACA: “Buktikan Saya Yang Buat Report” – Kes Abang Bas, Diana Danielle Cabar Netizen
View this post on Instagram
“Saya ambil keputusan untuk secara rasmi berpisah daripada suami saya dan akan memfailkan perceraian,” tulisnya.
Sementara itu, Diana berkata kembali rujuk bukan untuk semua orang serta meminta dirinya untuk dilepaskan.
“Tidak, saya tidak akan memberi penjelasan kenapa. Mungkin seperti biasa, dia akan. Dengan bunga dan cincin dan janji kosong. Have a nice life. Rujuk bukan untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih,” tulisnya.
Terdahulu, Diana dan Farid pernah bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun kembali rujuk selepas sebulan berpisah.