“Farid Banyak Menangis, Tak Tunjuk Masalah Rumah Tangga” – Johan As’ari
Pelakon Johan As’ari mengakui terkejut dengan kemelut rumah tangga melanda Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle apatah lagi pasangan itu baru mengerjakan ibadah umrah pada Februari lalu
Memetik BH Online, Johan berkata ketika di Tanah Suci pasangan itu dilihat baik-baik sahaja serta berharap mereka tidak berpisah.
BACA: “Kenyataan Diana Bercanggah Dengan Laporan Polis” – Farid Kamil
“Semasa di Makkah, saya memang tidak tahu mereka ada masalah rumah tangga. Bagi saya, mereka kelihatan baik-baik sahaja dan nampak bahagia.
“Bila sudah balik ke Malaysia, saya memang terkejut bila dapat tahu hubungan mereka mempunyai masalah. Bagaimanapun, saya tetap mendoakan yang baik-baik.
“Saya berharap mereka tidak berpisah dan dapat berbaik semula. Saya sedih jika Farid dan Diana berpisah sebab saya adalah peminat mereka,” katanya.
Berkongsikan mengenai keadaan Farid ketika menunaikan umrah, Johan berkata aktor itu dilihat banyak menangis dan tidak putus-putus solat.
“Ketika tawaf, Farid banyak menangis dan semasa saie pula masih sebak. Setiap rutin dilakukan itulah yang boleh ceritakan mengenai keadaan Farid.
“Masuk Raudah (taman syurga) di Masjid Nabawi pula, Farid tidak putus-putus solat. Selepas beri salam, Farid bangun solat dan menangis ketika sujud, saya berada di sebelahnya ketika itu,” katanya.
Dalam pada itu, Johan menyifatkan Farid seorang suami yang baik serta sentiasa menjaga nama baik kelurganya.
“Farid sangat menjaga keluarganya. Saya tidak pernah dengar sedikit pun merendahkan isterinya, malah sentiasa memujinya di hadapan saya. Dia suami yang bagus dan sangat menjaga nama keluarga,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
iye… saya doakn kebahagian mereka.. mga yg baik2 je.
Tulah nk ckp lebih pun tak guna.dah jodoh smpai sini.
Cuma bab nafkah tu kena la bincang…DD cakap dah 4 bulan tak kasi nafkah..tapi bertahun2 sudah, ada dia kasi tak? But also must check is he still taking drugs? If he has really repent, i think at least a wife can do is to be by his side …if he hasnt, ok jalan angkat kaki sudah
Betul laa tu isu rumahtangga ni hal yg sngt peribadi. Hal aib dlm kain yg mrk suami isteri je yg tahu. Org luar nmpk apa yg dkt tmpt public bkn hal dlm bilik tidur mrk, bkn dlm dapur mrk, bkn dlm akaun bank mrk! Jd dah tentu kita sbg org luar x layak nak nilai permasalahan rumahtangga mrk! Biarlah pihak berkuasa yg selesaikan sbb ia dah jd kes mahkamah pun
Sol and fk dua2 sama narcissist yang play victim. Cuma fk terbukti taik dadah jadi ikut undang2 syariah malaysia yang tak membela spesies tertindas – diana mudah cerai. Puteri sarah payah sebab sol toxic jutawan. Gitu ler. Ikhlas dari pengkomen bukan otak melayu.