“Farhan Dengan Saya Ketika Saya Masih Berisi Lagi”
Baru-baru ini, pelakon Zulin Aziz dilihat terbuka berkongsikan gambar bersama kekasihnya, Farhan Norzaini, malah turut memanggil kekasihnya dengan gelaran ‘B’ di Instagram.
Belum bersedia berkongsi secara mendalam mengenai kisah cinta bersama Farhan, Zulin menolak tanggapan apabila sudah kurus barulah dia mempunyai kekasih.
BACA: Selesai Kuarantin, Zulin Aziz Raikan Dengan Masak Kari Kepala Ikan
“Saya dan Farhan kenal sejak setahun lalu. Dia mengenali ketika saya masih berisi lagi. Jadi, tiada tanggapan sudah kurus baru nak ada kekasih.
“Farhan selalu menyokong apa sahaja yang saya lakukan termasuklah berniaga dan jadi rakan kongsi perniagaan. Jujurnya, saya sangat cintakan Farhan,” katanya kepada BH Online.
Lebih selesa menyimpan kisah cintanya buat masa ini, Zulin berkata dia akan berkongsi cerita lebih lanjut apabila sudah berkahwin kelak.
“Bukan saya nak mengelak menjawab isu perhubungan dengan Farhan. Cuma, kisah cinta biarlah kami simpan buat masa ini. Apabila sudah berkahwin, insya-Allah saya berkongsi cerita,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Ni bukan kongsi ke namanya?? *tepuk dahi*
Intro dulu. Bila org menyibuk baru start ckp tk sedia nk share hal personal. Begitula life retis msia. Kt ig klo tk mngundang tk sah
simpan apa da cerita pong
Geli…scammers..konon masa gemok dah ade pakwe..puihhhh….
hahahahahahahahahahahaha
Gemok>Berisi>Kurus . Sejak berisi. Kira share lah….semoga menjadi. Tapi jangan tempah lagu lagi.
kurus dia kurus mendadak..pelik betul..
Alhamdullilah kita doa yg terbaik buat Zulin semoga kali ini lebih baik dr sebelum² nya..
Sis ni nak habaq mai, ko kurus ke gemuk ke, kalau dia nk ko,dia nk lah. Ko ingt jntan nk dkt pmpn sbb fizikal je ke? Ko ni x hbis2 kurus gmuk kurus gmuk. Mmbe aku rmai je pmpn yg bdn xde lah kurus mana, muka pun jauh nak terima status ‘lawa’ tapi kalau ko tgk husband diorg ko pun teringin nak jadi bini no2.phm x ni? Its all bout yourself not only your chubby or skinny body.