fbpx

Farawahida Kini Bertudung & Harap Doa Peminat

Baru-baru ini, kelihatan penyanyi Farawahida kerap memuat naik gambarnya yang kini tampil bertudung di Instagram malah dalam masa yang sama turut menjayakan persembahan dengan berimej sopan tersebut.

BACA: Farawahida Tidak Rancang Anak Awal, Pilih Jepun Untuk Bulan Madu

Ingin mendapatkan pengesahan dan perkembangan terbaru mengenani penyanyi tersebut, portal Media Hiburan Online telah menghubunginya namun Fara nampaknya belum bersedia untuk bercerita lanjut mengenai penampilan terbarunya itu.

“Insya-Allah doakan. Setakat ni saya tak mahu komen pasal imej saya ini,” katanya kepada portal tersebut. Apa yang pasti, penghijrahan Farawahida ternyata mendapat reaksi positif daripada peminatnya.

Mungkin juga bila sudah tiba masa yang sesuai, pasti Farawahida yang pernah popular dengan lagu Tanpamu ini bakal memberi penjelasan kepada peminat serta media di luar sana. Suka kami melihat penghijrahan artis ke arah kebaikan. (rtky/s)