fbpx

Fara Hezel Tak Suka Lelaki Busuk, Suka Mengumpat

Sebelum ini, hubungan cinta antara kakak kepada Aiman Tino iaitu penyanyi Fara Hezel bersama pelakon Erry Putra hanya mampu bertahan lima bulan kerana tidak mendapat restu keluarga.

Baru-baru ini, Fara Hezel mendedahkan ciri-ciri yang perlu ada pada lelaki yang ingin menjadi kekasihnya.

Menurut Fara, dia impikan seorang lelaki yang jujur, penyayang, kacak, tinggi dan berkulit putih.

Apabila ditanya tentang sikap lelaki yang tidak gemari olehnya, Fara memberitahu dia paling tidak sukakan lelaki yang suka cakap besar.

“Saya tak suka lelaki yang busuk, cakap besar, suka mengumpat, pakaian tak kemas dan pendek,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fara turut kongsikan impiannya yang bercita-cita untuk membuka kafe, menjadi ahli perniagaan yang berjaya, mahu berkahwin dan miliki cahaya mata, serta hadiahkan ibu bapanya untuk menunaikan haji.