Sejak kebelakangan ini ada saja cerita kita dengar apabila selebriti wanita membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab sekaligus mengejutkan ramai.
Memetik mStar Online, penyampai radio Fara Fauzana berkata dia berharap netizen tidak terlalu mudah menghakimi seseorang artis yang membuat keputusan membuka tudung.
BACA: Fara Fauzana Sedia Jadi ‘Nanny’ Anak Mizz Nina
Menurut Fara, setiap daripada kita ada perjalanan hidup masing-masing dan sepatutnya orang luar memberikan kata-kata positif kepada mereka ini.
“Pertama siapa kita nak menghakimi seseorang? Kedua setiap orang ada perjalanan cerita masing-masing.
“Ada rintangan tersendiri dan ada cerita yang kita tak tahu, jadi kita tak boleh berkata apa-apa tentang itu.
“Selepas itu kita patut salahkan diri kita, mungkin saya tak berkesempatan berjumpa dengan mereka (artis buka tudung) kadang-kadang kita yang terlupa bagi ‘support system’ itu,” katanya.
Ditanya mengenai kemanisan apabila bertudung, Fara mengakui banyak hikmah namun baginya setiap orang ada perjalanan cerita mereka.