fbpx

Satu lagi artis antarabangsa yang di’kaitkan dengan Suara Kami 2011 mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia tahun ini.

Selepas pihak penganjur Suara Kami 2011 gagal mendapatkan Far East Movement untuk hadir ke konsert mereka, nampaknya kumpulan ini akan hadir untuk konsert sendiri.

Far East Movement melalui kalendar jelajah di laman web rasmi mereka sudah meletakkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinati untuk bulan Disember 2011.

Kumpulan Asia-Amerika yang berpusat di Los Angeles ini akan menghiburkan peminat mereka di Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena, Kuala Lumpur pada 3 Disember ini. Dua hari selepas Pitbull, OMG!

Kepada sesiapa yang tidak mengenali siapa Far East Movement, mereka popular sekitar penghujung 2010 yang lalu dengan single berhantu Like A G6 yang berjaya menduduki carta muzik seluruh dunia.

UPDATE-1: Facebook rasmi konsert MOOVMENT 2011 yang di’bawakan oleh Marctensia Concert. Tiket bermula dari RM100 dan ke’atas. Maklumat lanjut di’sini.

Kehadiran Far East Movement yang di’anggotai oleh Kev Nish, Prohgress, J-Splif dan DJ Virman ini merupakan yang pertama untuk Malaysia — dan kami pasti Mizz Nina akan tampil sebagai artis pembuka.