fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.99)

Selepas permohonan awal di’tolak, LMFAO tampil sekali lagi dengan maksud sebenar di’sebalik akronim LMFAO. Kami lebih sukakan Loving My Friends And Others, nampak suci & murni. Oh #LOL. – Reuters

Majalah berpengaruh, TIME baru sahaja mengeluarkan senarai tahunan 100 Individu Paling Berpengaruh dan bintang pop masa kini Adele & Rihanna telah berjaya masuk dalam senarai. Kenapa tiada Justin Bieber? Kenapa? – Zee News

Sensasi muzik pop Korea, SNSD (Girl’s Generation) mengumumkan hari ini yang mereka bakal memiliki sebuah album mini yang akan di’jayakan oleh hanya tiga orang anggota iaitu Seohyun, Tiffany, dan Taeyeon. – allkpop

Penyanyi Malaysia yang sedang membina nama di Amerika Syarikat, Yuna tampil secara eksklusif di laman gossip paling azab, Perez Hilton sebagai salah satu langkah promosi album terbaru beliau. – Perez Hilton 

Model & aktress Hollywood terkenal, Rosie Huntington-Whiteley (gambar) menyambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke 21 & ini merupakan koleksi 10 gaya terbaik beliau sehingga ke hari ini. – The Frisky

BONUS: Namco Bandai umumkan yang mereka akan melancarkan video game Star Trek pada Mei 2013 selepas sekuel filem ini muncul di’pawagam pada tahun yang sama. Epik!

http://www.youtube.com/watch?v=llDu7HdJu3Y