Kepada yang berspekulasi, Dira Abu Zahar telah menafikan yang beliau merupakan si peminum bahan peluntur sebaliknya di’tahan di hospital kerana tekanan darah rendah & gastrik. Tiada isu tekanan atau tindakan bodoh. – Murai
Setelah lebih 19 bulan tidak melahirkan sebarang karya baru selepas album terakhir pada 2010, Linkin Park melancarkan single pertama dari album terbaru mereka Living Things berjudul Burn It Down. – Ryan Seacrest
Buat pertama kali’nya, China & Amerika Syarikat akan bekerjasama menerbitkan sebuah filem Hollywood dan Iron Man 3 menjadi pilihan kerjasama ini dengan kos yang di’anggarkan bakal mencecah US$1 billion. Yep, billion. – Indian Express
Lagi kisah Emma Watson hari ini & kali ini aktress Hollywood kesayangan ramai ini di’lihat mesra bercium dengan kekasih hati Will Adamowicz di Coachella Valley Music and Arts Festival, di California. – People
Bertuah jadi bekas tunang kepada Simon Cowell kerana walaupun hubungan tidak bertahan lama namun pengasa X-Factor ini tetap membelikan rumah agam mewah bernilai US8 juta untuk bekas tunang beliau, Mezhgan Hussainy. – TMZ