fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.484)

VIDEO HARI INI: Azam tahun 2014 anda mahu kurus? Bersempena esok yang sudah masuk hari minggu, ini tips untuk anda bagaimana untuk tidak terlebih makan ketika keluar esok.

Noh Hujan terkilan apabila terpaksa menundakan ibadah umrah yang telah dirancang pada 20 Januari ini kerana perlu beraksi pada pertandingan Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) yang akan berlangsung pada 26 Januari depan. – mStar Online

Bintang filem Twilight, Kristen Stewart muncul tanpa memakai sebarang baju menutupi tubuhnya untuk iklan pewangi Rosabotanica oleh jenama Balenciaga. – Just Jared

Sandra Bullock mengungguli senarai pemenang anugerah di 40th People’s Choice Awards dengan membawa pulang empat anugerah termasuk aktress pilihan & filem pilihan melalui filem hits lakonan beliau iaitu Gravity & The Heat. – Huffington Post

Ahli kumpulan Girl’s Generation, Soo Young dalam satu episod terbaru program yang beliau kendalikan meminta maaf kepada semua kerana tidak memberitahu lebih awal tentang hubungan cintanya dengan Jung Kyung Ho. – Soompi

Sudah masuk tahun ketujuh sejak album terakhir kumpulan ini dikeluarkan, OutKast bakal kembali bersatu untuk membuat persembahan di 2014 Coachella Valley Music & Arts Festival di Indio, California pada April 2014 nanti. – EW