fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.455)

VIDEO HARI INI: Ini trailer pertama untuk filem tulisan & arahan Hayao Miyazaki, The Wind Rises yang mengisahkan kehidupan Jiro Horikoshi yang merupakan perekabentuk kapal terbang tempur tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Bintang pop yang pernah popular lewat 90’an, Aaron Carter telah memfailkan satu permohonan muflis selepas tidak mampu menanggung hutang atau liabiliti berjumlah US$2.2 juta dan kini tinggal bersama salah seorang ahli keluarga beliau. – TMZ

Laporan di Hollywood menyebut yang isteri Chris Hemsworth, Elsa Pataky kini sedang hamil dan ini merupakan anak kedua pasangan ini selepas kelahiran anak perempuan sulung mereka, India 18 bulan yang lalu. – Just Jared

Eminem khabarnya telah kembali berbaik dengan bekas isterinya, Kim Scott Mathers dan sumber terdekat turut menyatakan yang pasangan ini mungkin akan kembali bersama sebagai pasangan hidup sehingga hari tua. – Huff. Post

Kim Kardashian semalam meluahkan rasa marah beliau melalui Twitter terhadap dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau melakukan pembedahan plastik untuk kembali tampil kurus selepas melahirkan anak pertamanya. – NY Daily News

Bintang pop Korea & ahli kumpulan Sistar, Hyorin akan tampil berduet dengan Stevie Wonder di pentas Mnet Music Awards 2013 (MAMA 2013) menyampaikan lagu I Just Called to Say I Love You dan ianya akan berlangsung malam ini. – Soompi