Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.426)

VIDEO HARI INI: Mungkin ia’nya perkara kecil untuk ramai orang tetapi tahukah anda bagaimana nozel mengetahui yang petrol di tangki kereta kita sudah penuh & berhenti sendiri?

Pernah satu ketika dalam hidupnya, Miley Cyrus berniat untuk menyambung pelajaran di universiti dan mengejar cita citanya dalam dunia fotografi namun terbantut selepas penyanyi ini mengubah haluan dalam karier muziknya. – E! Online

Popular dengan kisah cintanya yang sering berubah arah, Taylor Swift mendedahkan yang dirinya tidak pernah merasakan sesuatu yang sempurna atau pasangan yang secocok dalam segala segi dalam mana mana hubungan sebelum ini. – US Magazine

Pelakon Izzue Islam mengakui terkejut dengan dakwaan tidak berdisiplin semenjak berkahwin tetapi mengakui beliau pernah beberapa kali tiba lewat di lokasi penggambaran namun ianya tidak sampai menyusahkan kru di lokasi. – Murai

Bekas anggota Super Junior, Hangeng mendedahkan sebab sebenar beliau keluar dari kumpulan itu adalah untuk membuat lebih banyak duit membantu ibunya selain peraturan ketat industri hiburan Korea yang tidak adil kepada artis berasal dari luar negara. – allkpop

Mereka berdua ini sudah berkawan lama namun status hubungan mereka kini menjadi tanda tanya apabila Cameron Diaz & Benicio Del Toro di’lihat meluangkan masa bersama di New York baru baru ini, mungkin sudah lebih dari sekadar kawan? – Daily Mail

×