fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.373)

VIDEO HARI INI: Selalu ‘kan kita tengok video parkour dari perspektif orang ketiga, kali ini ianya dari perspektif pelaku (?) parkour itu sendiri.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Video muzik penuh kontroversi yang menampilkan wanita seksi bertaburan milik Justin Timberlake untuk lagu Tunnel Vision kembali ke Youtube selepas digam seketika. – THR

Aktress The Girl Next Door, Elisha Cuthbert telah selamat bergelar isteri kepada pemain hoki professional Dion Phaneuf dalam sebuah majlis yang mengambil tempat di Kanada baru baru ini. – ET

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman, Raja Ema mengakui menjalani proses menegangkan kulit wajah sebagai persediaan untuk kembali ke arena hiburan dengan lagu baru. – Murai

Pasangan selebriti yang sama sama membintangi drama TV Shameless, Emmy Rossum & Tyler Jacob Moore di’khabarkan telah berpisah selepas bercinta selama dua tahun. – US Weekly

Selepas dikatakan terlibat dengan skandal melawat rumah urut dewasa, jurucakap perkhidmatan tentera mengesahkan Rain tidak bersalah & tetap akan di’lepaskan pada tarikh yang di’tetapkan. – Soompi