fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.364)

VIDEO HARI INI: Anda mungkin pernah dengar tentang sebuah filem yang di’inspirasikan oleh kisah hidup pengasas Apple, Steve Jobs dan ini trailer penuh pertama untuk filem JOBS.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Selepas dedahkan yang nama anak mereka sebagai North West, bayi sulung Kim Kardashian & Kanye West ini lahir lima minggu lebih awal dan hanya seberat 2.2 kilogram ketika di’lahirkan. – US Weekly

Walaupun baru baru ini pihak penerbit ada mengesahkan yang filem sekuel Independence Day 2 akan ke muncul di pawagam pada Julai 2015, hero filem ini Will Smith tidak akan kembali berlakon. – Just Jared

Sudah bergelar juara Bintang Mencari Bintang (BMB), Achey tidak akan meninggalkan kerjanya sebelum ini sebagai mekanik dan akan guna wang kemenangan untuk luaskan bengkel miliknya. – mStar Online

Pemain bola sepak Korea, Park Ji Sung secara rasmi umumkan hubungan cinta beliau dengan pengacara di SBS Kim Min Ji dalam satu sidang media selepas muncul dalam program Running Man. – Soompi

Kalau anda peminat drama Hollywood dan selalu dapatkan episod terbaru daripada sumber yang meragukan, ini senarai tajuk drama paling banyak di’cetak rompak melalui internet setakat tahun 2013 ini. – The Wire