fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.330)

VIDEO HARI INI: Selari dengan tema segmen harian ini, Late Night With Jimmy Fallon telah menjemput Zach Galifianakis untuk menyampaikan beberapa fakta dunia hari ini yang anda mungkin tidak tahu.

Oleh kerana terlalu teruja, Miley Cyrus telah mengumumkan sendiri melalui Twitter yang beliau menduduki tangga teratas dalam senarai tahunan Maxim’s Hot 100 kali ini. – US Mgazine

Aktress popular Hollywood, Keira Knightly telah sah mengahwini bintang rock James Righton dalam satu majlis yang ringkas & tertutup di selatan Perancis pada hari Sabtu yang lalu. – Telegraph

Berita ini menjadi perhatian dunia seni di India, Megan Fox di’khabarkan bakal membintangi sebuah filem Bollywood buat pertama kali berjudul Fever di bawah arahan pengarah baru Rajeev Jhaveri. – HT

Gambar gambar yang di’kirimkan sendiri oleh Snoop Lion & ahli kumpulan 2NE1 mendapat perhatian ramai peminat ketika mereka menjayakan konsert Unite All Originals: Live with Snoop Dogg. – Soompi

Oren Uziel telah di’panggil untuk menulis skrip pertama filem keempat Men In Black yang kini sudah di’sahkan bakal di’keluarkan oleh Sony selepas melihat kejayaan filem ketiga tahun lalu. – THR