fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.326)

VIDEO HARI INI: Penari hip hop berbangsa Perancis di Jepun, Guillaume Lorentz telah membawa tarian cover beliau dengan lagu Can’t Hold Us nyanyian Macklemore & Ryan Lewis ke jalanan. Awesome!

Hanya selepas empat hari memulakan kempen di Kickstarter, Zach Braff berjaya mengumpul US$2.1 juta dana daripada para peminat yang ingin menonton filem Wish I Was Here menjadi kenyataan. – EW

Elton John dalam temubual terbaru berkata yang perbalahan bersama Madonna yang berlarutan selama bertahun lamanya kini sudah selesai usai pertemuan mereka di sebuah restoran di Perancis. – Vulture

Oleh kerana bersuara lantang menentang Pakatan Rakyat di Facebook, akaun Azhar Sulaiman telah di’godam & selebriti itu terus mempersoalkan hak kebebasan bersuara di Malaysia. – MyNewsHub

Aktress popular Korea, Ha Ji Won meluahkan hasrat untuk membuka agensi pengurusan sendiri selepas berpisah dengan agensi rasmi beliau sebelum ini yang menaungi kariernya selama 10 tahun. – Soompi

Ah akhirnya ada gambar sebagai bukti yang pasangan ini memang ingin kembali bersama. Justin Bieber & Selena Gomez masing masing kirimkan gambar tanpa baju bersama mereka ke Instagram. – US Weekly