fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.325)

VIDEO HARI INI: Peminat aktress ini boleh bangun dari mimpi kerana dia sendiri bukan dalam dunia Harry Potter lagi. Ini Emma Watson dalam filem nakal terbaru, The Bling Ring arahan Sofia Coppola.

Dwayne ‘The Rock’ Johnson terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan di’bahagian perut mempertahankan gelaran WWE Champion menentang John Cena pada 7 April lalu. – Huff. Post

Akhirnya yang di’nantikan para peminat telah tiba. Julung kalinya, Beyoncé membawakan lagu terbaru beliau berjudul Grown Woman di pentas konsert jelajah di Paris semalam. – Just Jared

Pencarian juri baru untuk musim akan datang X Factor mungkin telah temui jawapan, Simon Cowell khabarnya berminat untuk mendapatkan Jennifer Love Hewitt menggantikan Britney Spears. – Us Magazine

Song Ji Hyo memang terkenal dengan kekurangan pekak nada (tone deaf) tetapi dalam video belakang tabir pembikinan iklan Mr. Pizza ini, ianya jadi semakin comel & adorable. Aww. – Soompi

Sedar dosa seorang isteri tidak menutup aurat jatuh ke atas bahu suami, Norman Hakim memang sudah lama berharap Memay Suhaiza bertudung & kini bersyukur dengan perubahan positif isterinya itu. – GUA