fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.322)

VIDEO HARI INI: Pernah terfikir bagaimana cara Arnold Schwarzenegger memandu kereta? Pelawak Will Sasso berjaya zahirkan persoalan merepek ini ke dalam video seperti di’atas.

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mendakwa pelakon terkenal yang baru berjinak jinak dalam dunia pengarahan, Aaron Aziz masih belum mendaftar sebagai ahli sehingga hari ini. – Sinar Harian

Minggu ini, Backstreet Boys telah meraikan ulangtahun ke 20 penubuhan kumpulan mereka & bersempena itu mereka berkongsikan sneak peak terhadap lagu yang akan terkandung dalam album baru nanti. – EW

Aktress terkenal, Reese Witherspoon memohon maaf & berkata cukup malu dengan penahanan diri beliau kerana bersikap kurang ajar terhadap seorang pegawai polis trafik di Atlanta semalam. – Huff. Post

Ahli kumpulan 2PM, Nickhun menangis ketika meminta maaf kepada para peminat di konsert kumpulan itu atas kesalahan beliau menyebabkan satu kemalangan ekoran memandu di’bawah pengaruh alkohol. – Soompi

Justin Bieber mengirimkan sekeping gambar beliau bersama Selena Gomez sebelum mengambil tindakan untuk memadamnya & ini timbulkan persoalan sama ada mereka sudah kembali bersama kini. – Daily Mail