Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.321)

VIDEO HARI INI: Ini merupakan trailer terbaru filem dengan judul Only God Forgives yang merupakan kolaborasi kali kedua Ryan Gosling bersama Nicolas Winding Refn selepas filem Drive. Still badass.

Dengarkan lagu terbaru Ke$sha yang kali ini telah berkolaborasi dengan Will.i.am berjudul Crazy Kids yang juga merupakan single ketiga daripada album terbaru beliau, Warrior. – Just Jared

Michelle Yeoh yang hadir ke satu majlis bersama Perdana Menteri Najib Razak pertahankan pendirian beliau untuk menyokong penuh kepimpinan pemimpin tersebut walaupun di’kritik hebat. – Channel NewsAsia

Pemuzik popular, Ozzy Osbourne & isterinya Sharon Osbourne di’laporkan kini telah berpisah tempat tinggal tetapi mereka belum bercadang untuk menuntut penceraian selepas berkahwin 31 tahun. – TMZ

Dalam satu kajian yang di’lakukan di Korea, Girl’s Generation dan Lee Seung Gi telah di’pilih oleh peminat hiburan sebagai figura industri muzik pop Korea paling popular ketika ini. – Soompi

Sedar akan rezeki pelakon yang tidak akan selamanya di’puncak, Shaheizy Sam mengambil keputusan untuk membuka restoran sendiri Best Time Family Cafe & Grill di Cheras. – Utusan Malaysia

×