fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.316)

VIDEO HARI INI: Kalau anda peminat muzik elektronik, mashup Skrillex dan Daft Punk oleh Jack Conte (dari Pomplamoose) ini memang enak untuk telinga anda — tidak minat boleh jadi minat.

Nampaknya pasangan ini sengaja ingin diamkan gossip yang konon’nya mereka berpisah lagi, Rihanna & Chris Brown di’lihat keluar bersama dan mengambil gambar mesra untuk Instagram. – US Weekly

Lagi kisah penyanyi Aishah yang bakal bertanding kerusi parlimen Jempol, kali ini beliau mahukan dunia hiburan di Malaysia terutamanya para artis mengikut lunas lunas ajaran Islam dalam berkarya. – mStar Online

Ada khabar mengatakan yang kontrak supermodel Miranda Kerr sebagai model Victoria’s Secret tidak di’perbaharui oleh pihak pengurusan kerana tidak memberikan impak kepada jualan. Huh? – New York Post

Ketika anda membaca ayat ini, kemungkinan besar lagu terbaru Psy yang di’tunggu tunggu oleh peminat seluruh dunia, Gentleman telah pun keluar sepenuhnya. Jika belum, ini previu 90 saat. – allkpop

UPDATE-1: Yeah, dengarkan lagu penuh Psy, Gentleman yang telah di’muatnaik oleh peminat ke Youtube hari ini. Enjoice!

Walaupun sibuk dengan tugas menguruskan salah satu syarikat bapanya Donald Trump, Ivanka Trump kini khabarnya sedang menanti kelahiran anak kedua selepas anak pertama yang kini berusia 20 bulan. – People