fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.315)

VIDEO HARI INI: Masih ingat District 9 yang mencabar logik akal anda? Pengarah yang sama bakal kembali dengan sebuah lagi filem fiksyen sains, Elysium Ogos 2013 ini — dibintangi Matt Damon & Jodie Foster.

Nampaknya saingan The Voice secara rasmi telah bermula selepas empat mentor Shakira, Usher, Blake Shelton dan Adam Levine masing masing sudah memilih peserta untuk melengkapkan 12 tempat. – People

Katy Perry nampaknya telah berjaya menjual sisa sisa terakhir yang tinggal hasil perkahwinan dengan Russell Brand, terbaru rumah yang mereka beli bersama dengan harga US$6.925 juta. – US Weekly

Paramount baru sahaja mengedarkan gambar terbaru daripada filem akan datang Star Trek: Into Darkness tetapi masih tidak dapat memberikan maklumat lanjut tentang filem yang akan keluar Mei ini. – The Wire

Konsert tahunan terbesar di Korea 2013 Dream Concert telah umumkan senarai 21 kumpulan kpop yang akan membuat persembahan termasuk SHINee, INFINITE, 2AM, Girls’ Generation, & KARA. – allkpop

Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui sikap diri’nya yang pemalu dan pendiam membuatkan diri sukar untuk bersosial sekaligus bertemu lelaki yang boleh menjadi teman hidup. – Sinar Harian