fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.314)

VIDEO HARI INI: Lionel Messi mungkin telah menjaringkan ratusan biji gol sepanjang karier tetapi penjaga gol robotik di Jepun ini menggugat ego pemain terbaik dunia ini. Heh.

Kini sedang menjalani kehidupan solo, Taylor Swift berkata yang beliau tidak pasti akan kisah cinta di’masa hadapan mahu pun sebarang kemungkinan yang akan berkahwinan nanti. – US Weekly

Penyanyi Aishah berkata beliau menerima pencalonan untuk bertanding di kerusi parlimen Jempol, Negeri Sembilan untuk menjadi suara artis dan memperjuangkan nasib golongan anak seni. – mStar Online

Buat pertama kali, imej pertama dari lokasi penggambaran filem sekuel Captain America: The Winter Soldier telah muncul di’internet dan filem ini akan hanya ke pawagam April 2014. – The Hollywood Reporter

Bintang solo pop Korea, Jay Park muncul baru baru ini mendedahkan yang cinta pertama beliau ketika tinggal di USA terputus kerana diri beliau yang terlalu obses dengan gadis tersebut. – Soompi

Berita baik buat peminat Brad Pitt, pelakon popular ini telah bersetuju untuk menjadi penyampai anugerah pada MTV Movie Awards 2013 yang bakal berlangsung hujung minggu ini. – Just Jared