fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.313)

VIDEO HARI INI: Laporan berita di’atas menyebut dua orang wanita Korea kembar terjumpa diri masing masing selepas terpisah sejak kecil 25 tahun dahulu. The power of internet, amazing!

Selepas album terakhir pada tahun 2011, Avril Lavigne hari ini muncul semula dengan lagu terbaru berjudul Here’s To Never Growing Up dan ini teaser selama 19 saat lagu tersebut. – Sugarscape

Zizan Razak berkata yang beliau merasa sedikit terkilan tidak memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada malam ABPBH 2012 yang lalu selepas usaha keras para peminat beliau. – GUA

Lagu terbaru Selena Gomez seakan menunjukkan yang penyanyi itu masih belum boleh meninggalkan Justin Bieber 100% & ada sumber mengatakan yang mereka sebenarnya masih berhubung. Eh. – TMZ

Agensi NH Media telah mengesahkan yang sub-unit kepada kumpulan U-KISS yang di’beri nama uBeat akan membuat kemunculan pertama pada April ini dengan ahli utama Eli dan AJ. – Soompi

James Cameron dalam kenyataan terbaru berkata yang dua filem Avatar seterusnya akan meneroka dunia laut dalam Pandora dan pertama kalinya akan menggunakan teknologi underwater motion-capture. – Vulture