fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.312)

VIDEO HARI INI: Selebriti & produk yang mereka cuba jual kepada peminat bukan satu perkara baru lebih lebih lagi di Hollywood dan ini senarai 10 produk selebriti yang paling aneh pernah keluar. Heh.

Pelakon Jennifer Garner meluahkan rasa pelik dengan budaya sebagai selebriti dan cita cita ingin menjadi selebriti yang di’anggap sebagai bodoh dan tidak berinspirasi. – Telegraph

Khabarnya Katy Perry telah mencari Russell Brand untuk meluahkan perasaan selepas berpisah dengan John Mayer sehingga menimbulkan dakwaan yang mereka mungkin kembali bersama. – OMG!

Selepas Sun di’sahkan mengandung, bapa saudaranya tampil memberikan kenyataan yang Wonder Girls tidak akan berpecah bakal kembali dengan album baru pada separuh tahun kedua 2014. – allkpop

Kim Kardashian melalui akaun Instagram berkongsikan gambar terbaru kandungan beliau yang kini sudah masuk usia enam bulan, tindakan berani selepas di’kecam sebagai gemuk. Heh. – US Weekly

Setelah sekian lama tidak muncul dengan material baru, Shiela Majid akhirnya mengesahkan yang beliau kini sedang dalam pembikinan album terbaru yang akan mengekalkan konsep jenama diri beliau. – Astro Awani