VIDEO HARI INI: Namewee kembali lagi dengan karya beliau dan kali ini sebuah lagu berjudul Nod Nod duet bersama Iris Woo yang menyentuh budaya masa kini yang asyik merenung telefon bimbit pintar.
Akhirnya, para peminat boleh menarik nafas lega selepas pihak Netflix mengumumkan 26 Mei 2013 sebagai tarikh lancarnya musim baru sitkom Arrested Development. Malaysia? Harap maaf. – Vulture
Penyanyi & penggiat politik, Aishah dilaporkan akan bertanding mewakili PAS di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Abby Abadi apa cerita? – Utusan Malaysia
Peminat filem Pitch Perfect? Jangan ketinggalan menyaksikan 2013 MTV Movie Awards kerana Barden Bellas dan seteru mereka Treblemakers akan membuat persembahan khas. – Entertainment Weekly
Video muzik untuk lagu terbaru Psy, Gentlemen akan menampilkan semula Yoo Jae Suk & Noh Hong Chul yang pernah muncul dalam Gangnam Style selain penampilan pertama HaHa. – allkpop
Satu laporan menyebut Harlem Shake yang menjadi fenomena internet baru baru ini berjaya memecah 1 billion tontonan dalam masa 40 hari sahaja, separuh dari masa di’perlukan Gangnam Style. – Mashable